Ini adalah rakaman deleted scene terbaru daripada filem filem Avengers: Endgame yang kini sedang panas di YouTube. Ini merupakan adegan sejurus selepas Tony Stark memetik jari dan menghapuskan semua askar Thanos.

Dapat dilihat, para Avengers melutut di hadapan jasad Tony sebagai penghormatan terakhir atas pengorbanan beliau. Klip ini juga dapat mengesahkan Gamora sebenarnya tidak mati menjadi debu. Sebaliknya, beliau cuma pergi meninggalkan para Avengers.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak pasti mengapa adegan epik yang menyentuh hati ini dipotong dalam versi Endgame di saat akhir. Mungkin Marvel Studios memotongnya bagi mengelakkan lebih ramai yang berderai air mata semasa kematian Tony Stark ini. Love you 3000, Tony Stark.