Saat yang dinanti-nantikan akhirnya telah tiba. Sebelum ini, teaser filem No Time to Die telah dikeluarkan dan membuatkan ramai peminat filem James Bond teruja.

Kini trailer rasmi pertama pula telah dikongsikan dan dikhabarkan ini adalah filem penamat siri James Bond. Melalui trailer ini, kita dapat lihat James Bond yang telah bersara kembali melaporkan diri sebagai ejen perisik semula.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Misi James Bond pada kali ini adalah untuk menyelamatkan seorang saintis tetapi dalam misi ini beliau berdepan dengan pelbagai bahaya dan teknologi canggih milik penjahat.

Dapatkan beliau menyelesaikan misi tersebut? Jadi, tonton dahulu trailer yang ‘awesome’ ini dan sama-sama kita nantikan ia di pawagam pada 2 April 2020.

Sementara itu, di Malaysia kini Ejen Ali: The Movie sedang hangat ditayangkan di pawagam. Sebelum tonton filem Ejen Ali, baca review ringkas tentang filem itu.

‘Fun’ Dan Penuh Aksi, Ejen Ali: The Movie Animasi Tempatan Terbaik Tahun Ini

Baru Sehari Ditayangkan Di Pawagam, Ejen Ali: The Movie Raih RM1.86 Juta Kutipan