The Batman arahan pengarah Matt Reeves akhirnya memperlihatkan trailernya yang pertama ketika acara DC FanDome yang berlangsung sebentar tadi.

Trailer ini juga baru sahaja dikongsikan oleh Warner Bros. Pictures jam 9.00 pagi tadi dan anda boleh melihat aksi Robert Pattinson sebagai Batman buat kali pertama.

Trailer ini memperlihatkan kehadiran Riddler (Paul Dano) yang meninggalkan teka teki buat Batman dan juga Commissioner Gordon (Jeffrey Wright). Dapat dilihat juga sekali imbas Zoë Kravitz muncul sebagai Cat Woman dan kenderaan ikonik Batman, Batmobile dengan rekaan klasik dan berbeza berbanding Batmobile filem Batman sebelum ini.

Penggunaan lagu Nirvana, Something In The Way juga dilihat sesuai dengan mood ‘dark’ filem Batman ini. Yang penting, kami dapat rasakan filem Batman ini akan berjaya dan menarik untuk ditonton. Apa kata anda?

Ini berita lain berkaitan Batman. Klik pada pautan di bawah.

Watak Batman Terlalu ‘Deep’, Ben Affleck Dedah Kenapa Tinggalkan DC

Netizen Keliru Bagaimana Batman Boleh Muncul Dalam Drama Bersiri Indonesia Ini

Dave Bautista Setuju Jika Diberi Peranan Bane Dalam ‘Batman’