Sebuah firma sekuriti Vietnam, Bkav mendakwa mereka mampu memecahkan sekuriti sistem Face ID iPhone X dengan topeng yang dibuat dengan kos $150 (RM628.50). Topeng itu dibuat menggunakan 3D printed rangka plastik dan lapisan silikon untuk menyamai kulit, solekan dan 2D printed untuk bahagian mata dan mulut.

Menurut penyelidik di Bkav, mereka hanya memerlukan separuh muka untuk membuat topeng itu. Walaupun ia memerlukan masa, usaha, teknologi dan kemahiran untuk memecahkan sekuriti sistem itu, tapi ia tetap membuktikan yang sekuriti sistem AI baru Apple itu boleh dipecahkan.

Tonton video di atas untuk melihat sendiri dan kongsikan pandangan anda adakah Face ID Apple lebih selamat daripada Touch ID fingerprint.

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤