Nampaknya para pengguna iPad berpeluang meningkatkan produktiviti selepas Adobe baru-baru ini mengumumkan bakal mengeluarkan sebuah aplikasi Photoshop khusus buat Apple iPad.

Menariknya, para pengguna bakal menerima fungsi yang seakan sama seperti versi desktop dan turut menyokong format PSD yang disimpan di Adobe Cloud. Penawaran fungsi ini membolehkan anda menyunting gambar anda tidak kira sama ada di iMac mahupun di iPad. Aplikasi ini dijangka bakal ditawarkan kepada para pengguna menjelang awal 2019. Tonton video ini untuk melihat betapa mudahnya menyunting gambar menggunakan aplikasi Adobe Photoshop di Apple iPad.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →