Sejak bermulanya musim baharu MotoGP, setiap perlumbaan pasti ada sahaja detik-detik getir dan menarik yang tidak dapat dilupakan peminat sukan ini.

Menerusi perlumbaan di AustrianGP, Maverick Vinales berjaya mencuri tumpuan ramai apabila terpaksa mengambil keputusan drastik untuk melompat daripada motosikalnya pada kelajuan 218km/j. Semua ini terpaksa dilakukan beliau berikutan kegagalan brek motosikal yang dipandu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan beliau terpaksa melakukannya bagi mengurangkan impak daripada kemalangan selepas merasai brek beliau mengalami masalah sewaktu selekoh pertama dimana brek beliau gagal memberikan respon seperti biasa.

Berdasarkan laporan terbaru, Vinales dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Buat anda yang terlepas, anda boleh tonton video di atas untuk melihat aksi yang penuh dengan debaran ini.

Pada minggu lalu Hafizh Syahrin telah mencuri perhatian ramai apabila telah terlibat dengan kemalangan ngeri sewaktu perlumbaan.

‘Tak Rasa Apa Dari Pinggang Ke Kaki’- Hafizh Syahrin Kongsi Detik Kemalangan Ngeri Di Austria

‘Setiap Ahad Buat Macam Final’ – Peminat Badminton Kagum Dengan Ketegasan Dan Nasihat Misbun Sidek