Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

16 BARIS sememangnya satu siri yang memeriahkan kembali muzik hip hop tempatan kepada peminat muzik tanah air. Siri ini sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada rapper baharu atau underground untuk berkongsi ‘baris’ hebat yang mereka mampu untuk cipta sendiri.

Dokumentari pendek ‘FINESSE: 16 BARIS’ ini adalah pembuka tirai untuk 16 BARIS musim kedua dan dalam dokumentari ini, para rapper yang pernah muncul dalam 16 BARIS pertama berkongsi pengalaman sepanjang siri pertama dan bagaimana 16 BARIS menjadi fenomena baharu untuk muzik hip hop di Malaysia.

16 BARIS juga mencipta sejarah apabila konsert live pertama di The Bee, Publika menarik lebih 3,000 peminat hip hop sedangkan kapasiti The Bee hanya untuk 500 orang. Disebabkan sambutan menggalakkan, Konsert 16 BARIS 2018 dibuat pula di Stadium Tenis Duta dengan kehadiran 5,000 peminat.

Tahniah Joe Flizzow & DJ Cza atas kejayaan 16 BARIS. Pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk musim kedua.

Anda Mungkin Suka