Ya, betul. Peminat setia Dragon Ball Z boleh bersorak gembira kerana Microsoft kini menawarkan tontonan episod penuh musim pertama di Microsoft Store secara percuma. Lebih menarik,  tiada langganan premium diperlukan.

Tawaran istimewa ini diberikan oleh Microsoft bersempena dengan ‘Anime Month’ oleh syarikat tersebut. Sebelum ini pihak Microsoft juga telah memberikan tontonan percuma musim pertama Dragon Ball Super dan Naruto Shippuden.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Siri ini boleh ditonton secara percuma selama seminggu. Anda boleh memuat turun kompilasi siri ini melalui Xbox One, HoloLens, iOS, Android dan PC. Tunggu apa lagi, layari laman web Microsoft Store sekarang untuk menonton episod-episod musim pertama untuk mengimbau semula kenangan anda.