Selepas menjual syarikat Zip2 nya pada harga 307 juta US Dollar pada 1999, Elon Musk telah memulakan beberapa perniagaan yang rata ratanya berjaya dan dinamakan sebagai antara 75 orang berpengaruh pada abad ke-21 oleh Esquire. Dengan syarikat SpaceX dan Tesla Motors dibawahnya, Musk benar benar seorang usahawan yang luar biasa, jurutera dan pencipta yang terus berusaha dan menyumbang walaupun sudah memiliki kekayaan. Jadi, dengan kekayaan yang tidak terkira, sudah tentu susah membuat keputusan untuk berbelanja. Dalam hal ini, kita lihat satu footage Elon Musk ketika muda yang sedang sedang menanti kereta 2 pintu McLaren F1. Direka oleh Gordon Murray dan Peter Stevens, Mclaren F1 ini antara kereta terpantas di dunia dan hanya dikeluarkan antara tahun 1992 dan 1998 dengan jumlah terhad 106 buah seluruh dunia.

https://www.youtube.com/watch?v=kSHUha9ABNY

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →