Pertandingan Video Multimedia (Mulvec 2017) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi siri 3 telah diumumkan pemenangnya dan filem pendek ‘Invictus’ telah diangkat sebagai pemenang sekaligus menggondol hadiah utama bernilai RM10,000.

Ini adalah inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mencungkil bakat pelajar universiti dalam menghasilkan video pendek berkualiti tinggi serta mempunyai nilai yang baik di dalamnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kumpulan EZ dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) sekali lagi memenangi pertandingan ini dengan tahun lalu memenangi pertandingan ini menerusi video ‘ALTERNATIF’. Boleh dilihat kenapa filem ini dipilih sebagai pemenang. Mesejnya jelas dan dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian kita. ‘Conquer From Within’, tahniah EZ!