GSC baru sahaja perkenalkan pawagam mewah mereka yang dikenali sebagai Aurum Theater dan akan memberikan anda satu pengalaman luar biasa ketika menonton wayang.

Apa yang boleh kami katakan adalah tempat duduk di pawagam ini bukanlah menggunakan tempat duduk biasa tetapi menggunakan tilam Getha. Memang empuk dan menjaminkan keselesaan untuk anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

EJUfr6OVAAEYbbM

EJUfs_IU4AAI09r

Rekaan yang ditampilkan juga boleh dikatakan flagship dan serba mewah serta terdapat tempat meletakkan makanan dimana membezakan pawagam ini dengan pawagam yang lain.

Untuk pengetahuan anda, Aurum Theater ini telah dibuka di The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru. Akan tetapi, jangan bersedih untuk anda di sekitar Lembah Klang kerana Aurum Theater juga dikhabarkan akan dibuka di The Garden, Mid Valley.

75456767_10158176837907275_8129866985266741248_o

75653304_10158176839002275_2516395835210596352_o

75439555_10158176839032275_4261977188342956032_o

Menurut hasil tinjauan kami, harga untuk seorang adalah RM150 dan pastinya kemudahan yang diberi berpatutan dengan harganya. Adakah anda akan menjadi yang terawal untuk mencuba dan merasai pengalaman yang cukup berbeza ini?

Ingin tonton wayang tetapi tidak tahu ingin menonton apa? Kami senaraikan beberapa trailer yang akan ditayangkan di pawagam, klik pautan di bawah ini untuk menontonnya. 

Tonton Trailer Rasmi Sonic The Hedgehog Yang Berwajah Baharu

Tonton Trailer Rasmi The Cave, Filem Berdasarkan Tragedi Di Gua Tham Luang

Lihat Trailer Rasmi Terakhir Jumanji: The Next Level

Sumber