Gerard Butler bersama GQ bercerita tentang beberapa watak yang dibawanya dalam filem hebat Hollywood antaranya How to Train Your Dragon,The Phantom of the Opera,Den of Thieves, P.S. I Love You, Law Abiding Citizen, The Ugly Truth, Olympus Has Fallen dan London Has Fallen.

Tetapi ramai yang mula mengenali aktor Gerard Butler menerusi watak ikonik beliau dalam filem 300, Leonidas. Filem arahan Zack Snyder yang keluar pada tahun 2007 ini terus mendapat status cult untuk peminat genre aksi kerana kelainan yang dibawa Zack untuk filem 300.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika anda lihat video ini, Gerard paling bersemangat ketika bercerita tentang filem 300 kerana filem inilah yang menaikkan namanya di Hollywood. Beliau turut bercerita bagaimana beliau menyakinkan producer 300 untuk memilih beliau sebagai Leonidas serta laungan ikonik “This is Sparta!” yang merupakan idea beliau sendiri.

Terus ke minit 1:30 untuk anda dengar tentang 300 atau anda layan sahaja keseluruhan temu bual Gerard ini. Terus rasa mahu buat maraton filem Gerard Butler.

Ini pula filem lain lakonan Gerard Butler yang menarik untuk anda tonton

Tonton Trailer Rasmi Pertama ‘Angel Has Fallen’

Peperangan Bawah Laut Dan Darat Penuh Aksi Gempak Dan Mendebarkan Dalam ‘Hunter Killer’

Gerard Butler Menyinar Dalam Ribut ‘Geostorm’