Gesekan biola Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada Majlis Makan Malam Gala Kelab Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Mary pada hari Sabtu yang lalu berjaya memukau lebih 1,000 hadirin.

Beliau menghiburkan jemputan yang hadir dengan 3 buah lagu iaitu ‘Secret Garden’, ‘You Raise Me Up’ dan ‘Que Sera Sera’ yang turut diiringi Winnie Cheach (instruktor biola Tun Siti Hasmah) dan pemain piano Nor Raina Yeong Abdullah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Tun Siti Hasmah, beliau berhenti bermain biola ketika usianya 16 tahun untuk fokus kepada pelajaran tetapi menyambung kembali minatnya itu ketika di usia 86 tahun. Beliau juga menasihatkan hadirin yang hadir bahawa usia bukan halangan untuk anda mengejar impian dan beliau telah membuktikannya.

Persembahan khas ini adalah bersempena makan malam gala yang bertujuan untuk mengutip sumbangan untuk dua buah sekolah, SMK St Mary dan juga Sekolah Kebangsaan (SK) St Mary yang berjaya membuat kutipan lebih RM140,000. Dengarkan sebahagian persembahan gesekan biola oleh Tun Siti Hasmah yang memukau ketika majlis ini.

Sumber