Jika sebelum ini video Gordon Ramsay mencuba sup torpedo satu ketika dahulu kembali tular, kini video beliau menyertai pertandingan memasak di Malaysia pula kembali meraih perhatian.

Dalam episod Malaysia Great Escape ini, beliau perlu menghasilkan hidangan penuh nasi lemak dengan 3 side dishes pilihan mereka sendiri. Gordon mengakui agak gelisah kerana kali terakhir beliau menyertai pertandingan memasak adalah pada tahun 1992. Menambah kegelisahan beliau adalah Gordon perlu bertarung dengan 5 aunties yang semestinya lebih mahir dalam menyediakan menu nasi lemak.

Jalan Kaki
HYPE
Hanya Jalan Kaki Setiap Hari Boleh Kurus? 2 Individu Ini Kongsi Kisah Mereka
Baca lagi →

Dalam video ini, dapat dilihat beliau sebenarnya sangat humble di sebalik mulutnya yang mungkin lancang dalam rancangan Hell’s Kitchen. Beliau langsung tidak memandang rendah setiap ‘lawannya’ dan fokus dalam menyediakan nasi lemak beliau.

Salah satu side dish beliau adalah rendang, yang dipelajari daripada Puan Aini ‘agak-agak’. Hasilnya? Beliau berjaya mendapat tempat kedua daripada semua yang bertanding.

Walaupun nasi lemak bukan sesuatu yang dimasak oleh Gordon setiap hari, ianya satu pencapaian yang hebat buat Gordon. Khabarnya Chef Lian yang mendapat tempat pertama dalam pertandingan ini akan membuka kedai makannya sendiri. Di mana? Sama-sama kita nantikan.

Anda Mungkin Suka