Sebut mengenai permainan Grand Thef Auto: San Andreas pasti ramai yang cukup tahu. Kini, selepas 15 tahun dilancarkan, game ini masih lagi meninggalkan nostalgia yang besar buat orang ramai.

Bagi mengubat kembali kerinduan orang ramai terhadap game ini, YouTuber Mindplace Studio telah menghasilkan sebuah konten GTA: San Andreas versi live action. Jakarta telah dipilih sebagai lokasi video ini. Seni edit dan sinematografinya benar-benar membuatkan seolah anda bermain game legend ini. Tonton video ini untuk throwback kenangan bermain GTA: San Andreas suatu ketika dahulu.