Sedar tak sedar, tahun ini Malaysia akan meraikan Hari Kemerdekaan yang ke-65. Setelah beberapa tahun kemerdekaan disambut dalam suasana yang sederhana disebabkan pandemik, kali ini kita kembali meraikannya dengan meriah!

Haa, selain tunggu perbarisan Hari Kemerdekaan pada pagi 31 Ogos, perkara yang paling dinantikan adalah iklan-iklan menarik bertemakan patriotik!

Iklan favourite kami tahun ini, mestilah iklan Hari Merdeka daripada Takaful Malaysia bertajuk Leman Loudspeaker. Siapa Leman Loudspeaker ni? Mesti anda nak tahu kan? Jom kami kongsikan.

Leman Loudspeaker bertemakan semangat kebersamaan

Animated GIF - Find & Share on GIPHY

Untuk pengetahuan anda, tahun ini Takaful Malaysia telah mempersembahkan iklan kemerdekaan berkonsepkan komedi tetapi mampu menyentuh perasaan dengan semangat kejiranan yang ditonjolkan.

Leman Loudspeaker mengisahkan seorang lelaki yang peramah dan ceria memperkenalkan jiran-jirannya di taman perumahan tersebut iaitu Kumaran, Asmah dan Lee kepada keluarga Roslan yang baru berpindah.

Animated GIF - Find & Share on GIPHY

Kumaran DIY, seorang yang suka kelentang kelentung bertukang, Asmah pula suka memasak dan mencuba macam-macam resepi. Lee pula seorang kaki gadget yang dah buat siaran TV Leman terganggu!

Fuh..macam-macam betul perangai mereka yang Leman Loudspeaker kena hadap, sampai stress dibuatnya!

Hmm..macam manalah Leman Loudspeaker ni boleh bertahan ya?

Walaupun mempunyai jiran yang bermacam ragam ni, tapi merekalah yang membantu dan sentiasa ada di saat Leman dalam kesusahan. Bak kata Leman, “Selagi diorang ni masih ada, saya tak akan keluar dari taman ni.”

Begitu mendalam sekali semangat kejiranan yang mereka tunjukkan.

Iklan yang berdurasi 2 minit 19 saat ini pada akhirnya mencerminkan bahawa walaupun berlainan budaya, bangsa dan latar belakang, kita semua adalah satu dan karakter yang berbeza inilah yang membuatkan kita menyayangi antara satu sama lain.

Jangan lupa saksikan iklan Leman Loudspeaker ini di saluran YouTube Takaful Malaysia. Jom sama-sama kita menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dengan menghargai orang di sekeliling kita.

Rakyat Malaysia sangat teruja menyambut sambutan Hari Kebangsaan semalam. Ada yang sanggup tiba seawal jam 4.30 pagi untuk tidak mahu terlepas perarakan Hari Kebangsaan. Baca pada pautan di bawah.

Gigih Berkumpul Seawal Jam 4 Pagi Di Dataran Merdeka, Rakyat Malaysia Teruja Sambut Hari Kebangsaan

Nama ‘Merdeka’ Bawa Tuah, Sebut 3 Kali Boleh Pesan Apa Sahaja Secara Percuma