Semalam, iklan Raya PETRONAS telah dilancarkan secara rasmi dan jujur kami katakan kami cukup kagum dengan iklan raya PETRONAS. Mana tidaknya, PETRONAS tampil dengan video animasi dan jalan ceritanya cukup menghiburkan.

Setiap tahun PETRONAS tidak pernah gagal hadir dengan iklan Raya yang terbaik dan kreatif. Jika tahun lepas bermain dengan emosi penonton, kali ini juga bermain dengan emosi tetapi juga tampil dengan adegan lucu.

Jalan ceritanya mudah sahaja, setiap tahun dua keluarga, iaitu Pak Tam dan Mak Teh menyambut Aidilfitri dengan suasana berbeza dimana keluarga Pak Tam hanya menyambut bersama anaknya Syasya manakala Mak Teh menyambut bersama keluarganya yang ramai dengan meriah.

Tahun berganti tahun, ketika tahun 2020 menjelang anak-anak tidak dapat pulang ke rumah kerana norma baharu. Lihat sendiri pengakhiran kisah ini.

Tunggu apa lagi? Sementara anda tonton iklan Raya PETRONAS ini, kami senaraikan beberapa iklan Raya lain tahun ini pada pautan di bawah. 

Tonton Iklan Raya TNB ‘Semangat Raya Epik Fantastik’ Tahun Ini Yang Berbeza Tetapi Kekal Unik

Lihat Iklan Raya Muslim.Sg ‘Jauh Di Mata, Dekat Di Hati’ Tahun Ini Yang Pasti Buat Anda Sebak