Sambutan Ramadan dan Aidilfitri kali nyata berbeza buat seluruh umat Islam di seluruh dunia dan juga di Malaysia. Tiada lagi bazar-bazar ramadan, aktiviti balik kampung dan berkumpul bersama ahli keluarga dapat dilakukan kerana COVID-19.

Kemeriahan hari raya tahun ini juga tidak sama seperti biasa dengan banyak aktiviti-aktiviti luar termasuk penggambaran iklan raya dan program khas hari raya tidak dapat dijalankan seperti tahun-tahun sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

maxresdefault

Bagaimanapun perkara itu tidak menjadi alasan buat individu ini yang menghasilkan sendiri iklan raya TNB versi beliau sendiri dengan hanya menggabungkan iklan sejak 2013 sehingga 2019 dan menyesuaikan dengan sambutan aidilfitri kali ini.

Menggunakan iklan-iklan yang pernah disiarkan syarikat pengurusan tenaga itu sebelum ini, Ali Agung pada hari ini memuatnaik iklan raya-nya untuk tahun ini di Facebook lengkap dengan suara latar yang turut dibantu rakannya.

Tonton video penuh iklan raya yang dihasilkannya di bawah. 

“Sudah jadi kebiasaan, setiap kali musim perayaan, syarikat korporat dan jenama akan mengeluarkan iklan khas bagi meraikan Hari Raya.

“Aku memang nantikan iklan raya daripada PETRONAS, Maxis, TM Group dan syarikat yang lain.

“Tapi disebabkan isu Covid-19 ini, kebanyakan daripada mereka tidak akan mengeluarkan iklan untuk raya kali ini.

“Sebagai inisiatif sendiri, aku menghasilkan iklan raya untuk Tenaga Nasional Berhad (TNB Careline) menggunakan semua iklan raya TNB tahun 2013 hingga 2019. Skrip sendiri, edit video satu malam, suara latar oleh Hairul Azwan Zakaria,” tulis Ali di Facebook.

Walaupun hanya menggunakan video-video yang pernah disiarkan sebelum ini, namun cara penyampaian yang menarik disertakan dengan suara latar tersebut menjadikan ia sangat menarik untuk ditonton.

Ingin menonton kembali iklan-iklan raya TNB yang pernah disiarkan sebelum ini? Klik pautan di bawah untuk membaca perkongsian kami mengenainya sebelum ini. 

Tonton Iklan Raya TNB ‘Konvoi Epik Fantastik’ Yang Cukup Meriah

Tonton ‘Rumah Epik Fantastik’ Iklan Raya TNB Yang Paling Havoc

Iklan Raya TNB Pamer Kehebatan Bakat, Idea Dan Sinematografi