Tanpa kita sedar, kasut bola ikonik daripada adidas yang pernah dipopularkan Zinedine Zidane dan David Beckham telahpun berusia 25 tahun sejak mula diperkenalkan. Pada kali ini, adidas telah memilih dua ikon bola sepak serta lagenda yang pernah menyarung adidas Predator dalam mempromosikan model yang dihasilkan semula sempena ulang tahun jubli perak model ini. Tonton iklan ini untuk melihat beberapa gol hebat yang berjaya dihasilkan menggunakan adidas Predator.