Keanu Reeves adalah selebriti terbaru yang akan menghiasi muka depan majalah antarabangsa GQ. Keanu turut ditemubual untuk bercerita tentang minat beliau tentang motosikal.

Koleksi motosikal Keanu juga agak menyeluruh, daripada jenama Norton, Harley-Davidson sehinggalah ke superbike seperti Ducati dan Kawasaki Ninja, setiap motosikal yang disimpannya mempunyai cerita di sebalik setiap model. Beliau turut menyimpan model ikonik Ducati 998 yang digunakan sewaktu penggambaran filem ‘The Matrix Reloaded’.

photo_2020-10-26_10-59-53
HYPE
Gara-Gara Video Nabila Huda Viral, Ayam Goreng McD Kembali Menjadi Hangat Di Pasaran
Baca lagi →

Keanu juga merupakan salah seorang pengasas jenama ARCH Motorcycle dan disebabkan itu beliau kini kerap dilihat menunggang motosikal daripada jenama ini. Beliau turut memperlihatkan model prototype ‘Method 143’ yang dihasilkan oleh ARCH Motorcycle dalam video ini.

Mat motor sejati rupanya Keanu Reeves. Dan disebabkan itu, akan ada babak pergaduhan di atas motosikal dalam John Wick 3 nanti.

Anda Mungkin Suka