Tahniah diucapkan kepada team Ejen Ali: The Movie kerana filem Ejen Ali mendapat sambutan yang hangat dari rakyat Malaysia. Bagi anda yang sudah menonton filem ini, pastinya setiap babak dalam filem masih diingati.

Adakah anda masih ingat akan babak di kedai mamak terdapat adegan nyanyian yang cukup menghiburkan? Sebelum ini, ramai yang cukup kecewa kerana lagu tersebut tiada di YouTube.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, sedutan babak lagu tersebut telah dikongsikan di laman YouTube Ejen Ali dan anda pasti akan berasa teruja untuk menontonnya. Setelah menontonnya, anda akan berasa seperti ingin menonton filem Ejen Ali lagi di pawagam.

Rata-rata netizen cukup gembira apabila babak lagu tersebut dikongsikan. Malah, ada yang mengatakan bahawa babak ini berjaya membuat mereka gelak dalam pawagam.

Screenshot 2019-12-04 at 10.34.04 PM

Screenshot 2019-12-04 at 10.33.54 PM

Babak bersama General pun best juga. Mungkin selepas ini babak tersebut juga akan dikeluarkan? Sama-sama kita nantikan.

Apa tunggu lagi? Bertindak segera tonton filem ini di pawagam jika anda belum tonton ia. Pada hari pertama sahaja filem ini sudah berjaya raih RM1.86 juta.

Baru Sehari Ditayangkan Di Pawagam, Ejen Ali: The Movie Raih RM1.86 Juta Kutipan

‘Fun’ Dan Penuh Aksi, Ejen Ali: The Movie Animasi Tempatan Terbaik Tahun Ini