Siapa sangka wataknya yang bengis dan ganas di dalam Aquaman, Jason Momoa mempunyai minat yang mendalam dalam mengumpul koleksi kamera daripada jenama Leica.

Menariknya, koleksi yang dipamerkan beliau turut menunjukkan kamera Leica yang vintaj melalui model Leica M2 yang dihasilkan pada tahun 1958 dan lensa Leica 73mm yang dihasilkan pada tahun 1930. Selain itu, beliau juga turut mempunyai beberapa lagi model terbaru keluaran Leica.

Untuk pengetahuan, Jason Momoa juga turut mengumpul koleksi gitar dan motorsikal Harley-Davidson. Ketika ini, difahamkan beliau sedang dalam bekerjasama bersama sebuah syarikat kamera bersempena projek terbaru beliau.