Setiap kali pelancaran iPhone terbaru, pastinya ramai yang tertanya-tanya kualiti kamera iPhone yang ditawarkan. Menariknya, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max yang dilancarkan pada kali ini hadir dengan sensor 48-megapixel yang membolehkan pengguna mendapatkan kualiti gambar yang lebih jelas dan lawa.

Bukan itu sahaja, model terbaru ini turut disertakan dengan sokongan ciri Action Mode membolehkan pengguna merakam sambil mengurangkan getaran atau hentakan sewaktu merakam babak aksi atau pada pergerakan yang pantas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian YouTube Joey Helms pada kali ini, beliau telah mempamerkan kehebatan rakaman iPhone 14 Pro yang sekaligus berjaya membuatkan orang ramai teruja dengan kehebatan kamera telefon pintar ini. Anda disarankan untuk menonton video penuh sinematografi ini dalam resolusi 4K atau kualiti tertinggi untuk menikmati kualiti rakaman yang dihasilkan.