Video oleh kumpulan Lentera Kesuma (LKS) yang merupakan pelajar Maktab Rendah Sains MARA Kuala Klawang, Negeri Sembilan menjadi perhatian warganet apabila rakaman video cover untuk lagu kumpulan BLACKPINK – 뚜두뚜두 (DDU-DU DDU-DU) mereka mula dikongsi di laman sosial.

Rakaman ini mungkin dibuat ketika sesi latihan kumpulan ini untuk lagu berkenaan. Peminat K-pop ramai yang memuji pendekatan kumpulan pelajar ini untuk cover lagu baharu menggunakan alatan muzik tradisional. Memang menarik betul lagu ini dibuat dalam versi Caklempong.

Untuk menonton video lain daripada kumpulan LKS, anda boleh ikuti mereka di sini. Siapa kata duduk di asrama bosan tak ada aktiviti?