Umum sudah tahu bahawa Proton Saga 2019 akan hadir dengan kotak gear automatik empat kelajuan konvensional (4AT) yang dibekalkan oleh Hyundai bagi menggantikan kotak gear CVT untuk model sebelum ini. Jadi, pasti ramai yang mahu tahu performance terbaru kotak gear untuk Proton Saga 2019 ini.

YS Khong Driving memberikan ulasan berbeza untuk Proton Saga 2019 selepas mendapat cadangan untuk pandu model terbaru Proton ini untuk naik Genting Highlands. Dan untuk tidak mengecewakan subscribers beliau, menghasilkan video naik dan turun Genting Highlands dengan Proton Saga ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Encik Khong nampaknya sangat berpuas hati dengan prestasi Saga 2019 ketika menaiki bukit dalam Sport mode. Jika anda sedang berkira-kira untuk tempah Saga 2019, kena tonton sampai habis video ini. Sepanjang video 20 minit ini, anda boleh mendengar komen berkenaan handling, cornering serta braking untuk kereta ini. Seronok lihat encik Khong memandu. Macam orang muda.

Berminat dengan Proton Saga 2019? Baca lagi di sini

Tonton Ulasan Awal Untuk Proton Saga 2019 Yang Kini Sedang Laris Di Pasaran

Tempahan Untuk Model Proton Saga 2019 Cecah 4,000 Unit

Proton Saga 2019 Dilancarkan Dengan Harga Serendah RM32,800