Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33) akan berlangsung tidak lama lagi dan pihak Faithful Music menghasilkan sebuah medley hebat sempena AJL 33 ini.

Caliph Buskers menyanyikan 12 lagu yang berjaya ke peringkat akhir secara medley dan semuanya memang sedap didengar. Tanpa bantuan autotune, setiap ahli Caliph Buskers dilihat dapat menyanyikan setiap lagi dengan sangat baik. Malah, ada yang kedengaran lebih sedap daripada penyanyi asal!

Bakat yang dimiliki ahli kumpulan Caliph Buskers memang hebat. Antara 12 lagu yang ke final AJL, lagu mana yang anda jangka bakal menjuarai AJL 33?