Sekiranya anda meminati teknologi dan kerap menonton review telefon pintar di YouTube kami yakin anda cukup kenal dengan MKBHD. Umum tahu, beliau sangat sukakan telefon pintar Android dan kerap memberi pujian terhadap Google dalam menawarkan telefon pintar terbaik.

Namun pada kali ini, beliau mempunyai pendapat berbeza mengenai Google Pixel 4 sekaligus memberikan anugerah telefon pintar paling mengecewakan kepada model ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain itu, MKBHD berjaya mengejutkan ramai apabila telefon pintar terbaik 2019 bukan lagi menjadi milik jenama telefon pintar popular seperti Apple, Samsung dan Huawei. Tonton anugerah telefon pintar 2019 ini daripada MKBHD untuk info lanjut.

MKBHD sebelum ini juga pernah membuat ulasan penuh mengenai OnePlus 7 Pro. Beliau yang meminati sneakers juga dilihat berjaya menjadi antara artis yang dijemput Complex untuk membincangkan mengenai hobi beliau. 

Tonton Ulasan OnePlus 7 Pro Daripada MKBHD

Lihat YouTuber MKBHD Berbelanja RM40,670.54 Untuk Beli ‘Sneakers’ Pilihannya