Pernahkah pasangan anda merajuk kepada anda hanya disebabkan tidak bersama beliau semasa menonton Netflix? Jika Ya, mungkin ini adalah altenatif terbaik buat anda berdua.

Screen Shot 2016-06-03 at 6.35.10 PM

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Cornetto selaku syarikat yang sangat popular dengan ais-krim telah menghasilkan sebuah cincin dimana memerlukan anda dan pasangan anda berada bersama untuk menonton Netflix. Bukan itu sahaja, Commitment Rings juga boleh digunakan untuk aplikasi penstriman yang lain seperti Hulu dan Amazon Prime.

Hasrat Cornetto untuk mengeluarkan Commitment Rings adalah disebabkan kes penipuan kepada pasangan melibatkan Netflix adalah sangat tinggi mengikut statistik.

Screen Shot 2016-06-03 at 6.35.54 PM

Mungkin ada diantara anda yang tertanya-tanya bagaimana cincin ini bakal berfungsi. Commitment Rings memerlukan anda bersama pasangan anda berhubung dengan telefon pintar selaku remote untuk Netflix melalui sambungan NFC. Netflix akan cuma berjaya dibuka jika terdapat 2 cincin serentak sahaja.

Setakat ini Commitment Rings masih belum dijual secara komersial. Bahkan aplikasi buat Android dan iOS juga akan menyusul nanti. Buat anda yang berminat dengan Commitment Rings anda boleh mendaftarkan diri di sini.

Saya tertanya-tanya, jika pelan menggunakan commitment rings ini berjaya mengurangkan masalah penipuan di dalam pasangan, adakah hobi si lelaki seperti bermain Dota 2 dan FIFA pula yang akan memerlukan Commitment Rings?