Sejak mula diumumkan, orang ramai khususnya peminat pasukan Johor Darul Takzim (JDT) seakan tidak sabar untuk mencuba game eFootball PES 2020 yang menyertakan pasukan tanah air ini hasil kolaborasi Konami bersama AFC Champions League.

Lebih menarik, ini merupakan kali pertama sejak 1998 pasukan dari Malaysia tersenarai secara rasmi dalam game bola sepak. Pastinya orang ramai ingin mengetahui statistik dan kekuatan pemain JDT menerusi game PES 2020.

Menerusi perkongsian JomGaming TV dan NEST Gaming, kita berkesempatan melihat dengan lebih lanjut kekuatan dan wajah pemain setiap pemain JDT dalam game ini.

Selain itu, Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut mengongsikan gameplay PES 2020 yang menampilkan pasukan JDT menentang Juventus dimana kemenangan berpihak kepada JDT. Anda boleh lihat gelagat TMJ melalui video yang dikongsikan melalui laman Instagram rasmi officialjohor.

Pastinya penyertaan JDT dalam game ini bakal membuatkan orang ramai berminat untuk mendapatkan game ini. Buat anda yang berminat, eFootball PES 2020 sedia untuk didapatkan bermula 10 September ini melalui platfrom PC, PS4 dan Xbox One.

Berminat dengan game bola sepak? Artikel dibawah ini mungkin menarik minat anda. Klik pautan dibawah untuk pembacaan lanjut.

Tonton Trailer Rasmi ‘PES 2020’

FIFA 20 Sah Akan Hadir Dengan Permainan ‘Street Football’

Liga Malaysia Di Tempat Ke-5 Dengan Undian Tertinggi Untuk Muncul Dalam FIFA 20

Sumber