Sempena cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, jutaan kenderaan telah membanjiri lebuh raya Malaysia dan pasukan PDRM telah melaksanakan pemantauan dari udara menggunakan dron menerusi Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman di beberapa lokasi tumpuan kesesakan aliran trafik.

Menerusi Operasi Selamat 18 (Op Selamat 18), tinjauan udara di tiga lokasi utama meliputi sektor utara, selatan dan timur bagi memantau kesesakan lebuh raya untuk tindakan penyuraian aliran trafik serta mengesan kenderaan yang melakukan kesalahan memotong barisan, menggunakan lorong kecemasan dan melanggar lampu isyarat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pelaksanaan tugas Unit Dron ini diatur gerak bersama Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, dalam Op Selamat.

“Teknologi dron memberikan impak positif dalam JSPT memantau secara ‘real time’ untuk mengambil tindakan segera terutamanya jika berlaku sebarang halangan di lebuh raya yang merisikokan pengguna jalan raya lain.

“Maklumat hasil pemantauan oleh Unit Dron membolehkan elemen PDRM khususnya JSPT dapat digerakkan di lapangan bagi memastikan beban aliran trafik dikurangkan,” terang beliau.

Sebelum pandemik COVID-19, pemantauan kesesakan semasa musim perayaan oleh JSPT sering dibantu oleh PGU menggunakan helikopter. Namun pada masa ini, PDRM memberikan nilai tambah dalam pelaksanaan tugasnya iaitu menggunakan Unit Dron demi keselamatan semua masyarakat di negara ini.

Dengan penggunaan dron pada hari ini, ia dapat membantu memberikan input kepada pegawai dan anggota PDRM di bawah (daratan), bukan sahaja dapat mengambil tindakan kepada mereka yang melakukan kesalahan lalu lintas, namun setiap kesalahan dikesan dari udara akan segera dimaklumkan kepada semua pasukan PDRM yang paling terdekat di darat.

Semasa OP Selamat 18 berlangsung, beberapa kenderaan telah dikenalpasti dan dikenakan kompaun saman kerana menggunakan lorong kecemasan. Manakala OP Motosikal juga dilakukan kerana kumpulan ini didapati menyumbang kepada kadar kemalangan yang tinggi.

Dron yang digunakan oleh JSPT dikendalikan oleh seorang pegawai dan dua anggota dari Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU).

JSPT akan meneruskan kerjasama dengan Unit Dron dalam usaha PDRM memastikan keselesaan buat pengguna jalan raya dan memastikan kelancaran trafik.

Sebelum ini pihak ATM pernah mencadangkan untuk penggunaan dron bagi memantau pergerakkan orang ramai yang keluar tanpa sebab kukuh semasa Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung.

ATM Cadang Guna Dron Bagi Memantau Orang Ramai Sempena PKP

Bukan Beli, BMW M3 Cuma Dipinjamkan Kepada PDRM Untuk Pandu Uji

PDRM Kini Tahu Jika Anda Layari Laman Pornografi