Debaran ‘Avengers: Endgame’ semakin terasa. Ketika ini, para pelakon Avengers sedang giat membuat promosi filem ini di serata dunia. Program Jimmy Kimmel Live turut tidak ketinggalan menerima kunjungan para pelakon Avengers.

Terbaru menerusi salah satu slot dalam program berkenaan, pelakon Avengers perlu membawa buku kanak-kanak bertajuk ‘Twas The Mad Titan Thanos’. Cara penyampaian dan reaksi spontan para pelakon ketika membaca buku tersebut membuatkan ramai terhibur dan jumlah tontonan video tersebut mencecah 1,000,000 dalam masa 2 hari dimuat naik ke YouTube.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Video ini menampilkan beberapa pelakon ‘Avengers’ antaranya Mark Ruffalo, Scarlett Johanson, Chris Hemsworth, Chris Evans, Don Cheadle dan Jeremy Renner. ‘Avengers: Endgame’ akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 24 April ini.