Kami baru tahu yang CEO Amazon mempunyai syarikat roket sendiri iaitu Blue Origin. Dan beberapa hari yang lalu mereka telah menguji penerbangan pertama roket tersebut yang diberi nama New Shepard. Ujian penerbangan itu telah dilakukan dengan jayanya di Texas.

Blue Origin ialah syarikat yang menyediakan penerbangan peribadi ke angkasa lepas. Roket New Shepard mampu terbang sehingga 62 batu atas permukaan bumi, tapi ia tidak mampu untuk membuat pusingan penuh planet. Kapasiti roket itu hanya boleh memuatkan tiga orang dan Blue Origin mengatakan mereka mahu melengkapkan berpuluh puluh ujian penerbangan terlebih dahulu sebelum membuka untuk tujuan komersial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram