Casey Neistat kembali lagi dan pada kali ini beliau bakal review penerbangan termahal anda boleh dapatkan ketika ini iaitu The Residence daripada Etihad  A380.

Seringkali apabila membahaskan penerbangan mewah, pastinya layanan serta tempat duduk yang selesa yang menjadi ukuran. Pada kali ini, Etihad tampil dengan pengalaman penerbangan yang berbeza dan lebih mewah buat para pengguna dengan penawaran ruangan tiga bilik buat setiap penumpang. Difahamkan harga tiket The Residence untuk penerbangan dari Abu Dhabi ke New York ini bernilai $31,000 (~RM128,450).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tonton video ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang menarik mengenai The Residence bersama Casey Neistat. Mungkin selepas ini giliran anda pula untuk merasai penerbangan mewah ini.

Sebelum ini Casey Neistat pernah mengongsikan pengalaman penuh menaiki Emirates’First Class Private Suites’ . Turut dikongsikan bagaimana mampu travel dengan mewah berbekalkan modal yang rendah. 

Casey Neistat Kongsikan Pengalaman Penuh Menaiki Emirates ‘First Class Private Suites’

Bagaimana Peguam Ini Hanya Membayar USD400 Untuk Kos Travel Berjumlah USD52K