Kecoh baru-baru ini di media sosial apabila terdapat seorang individu berkongsi pendapat beliau mengenai perbezaan RON 95 dan RON 97 untuk kegunaan kenderaan yang mengundang pelbagai kontroversi berikutan kesalahan fakta yang dikemukakan.

Pada kali ini, Aid Fawzal selaku individu yang arif dalam sistem melibatkan automotif serta pernah terlibat dalam pengolahan sistem penyejukan kereta eropah tampil memberi penjelasan penuh serta menjawab persoalan mengenai pemilihan RON pada minyak petrol kenderaan. Tonton video ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan, lelaki ini berjaya mendapat perhatian ramai serta mengharumkan nama Malaysia sebelum ini setelah berjaya mengolah sistem penyejukan model supercar daripada Itali. Klik pautan dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Aid Fawzal.

Lelaki Malaysia Ini Berjaya Mengolah Sistem Penyejukan Model ‘Supercar’ Dari Itali