Persembahan kumpulan Queen ketika konsert Live Aid pada tahun 1985 adalah konsert paling diingati oleh peminat setia kumpulan ini. Peminat bersetuju persembahan Queen ketika konsert ini adalah antara yang terbaik walaupun set mereka tidak sampai 30 minit.

Untuk filem biografi Queen, pengarah Brian Singer dan Rami Malek berjaya menghasilkan semula detik hebat persembahan di Live Aid ini dengan sangat tepat. Menerusi video ini, boleh dilihat perbandingan adegan dalam filem Bohemian Rhapsody dan konsert live yang sebenar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Disebabkan lakonan Rami Malek yang hebat, pihak produksi tidak memerlukan masa yang lama untuk membuat suntingan pada adegan ini. Watak Freddie Mercury dibawa dengan baik oleh Rami Malek dan sekiranya anda belum lagi menonton filem ini di pawagam, silalah berbuat demikian. Sebelum itu layan dahulu klip hebat ini.