Jika sebelum ini filem Bohemian Rhapsody inspirasi daripada band Queen berjaya membuat para penonton teruja, pada kali ini sebuah filem yang diinspirasikan daripada band The Beatles bakal ditayangkan. Pastinya anda teruja dengan filem Yesterday yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Filem Yesterday mengisahkan Jack Malik (Hamish Patel) yang terlibat dalam satu kemalangan. Apabila beliau bangun semula keesokkan harinya, beliau mendapati tiada siapa yang pernah tahu kewujudan The Beatles selain dirinya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Daripada saat itu, beliau menjadi artis ternama dunia dengan menyanyikan lagu-lagu hebat daripada The Beatles serta menjadi fenomena dunia. Tonton Himesh Patel menyanyikan lagu YESTERDAY secara langsung di Abbey Road Studios sementara menantikan filem Yesterday ditayangkan di pawagam pada 27 Jun 2019 ini.

Jika dilihat persembahan nyanyian secara langsung Himesh Patel sangat lunak bak kata orang telan kaset. Nyanyian beliau dalam video ini menggunakan gitar dan dibantu dengan beberapa orang memainkan beberapa alat muzik seperti paino dan gitar.