Sementara menunggu pembentukan kerajaan Malaysia pada hari ini, pasti ramai juga teruja mahu menonton acara kejohanan bola sepak Piala Dunia FIFA Qatar 2022 pada tahun ini.

Untuk Piala Dunia kali ini, RTM dan Astro merupakan penyiar rasmi kejohanan tersebut. Jadi, anda boleh menonton pelawanan secara langsung Piala Dunia Qatar 2022 di saluran TV2, TV Okey, Sukan RTM dan juga Astro Sport.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: RTM

RTM menyiarkan 41 perlawanan Piala Dunia 2022 di mana 27 daripadanya ialah siaran langsung dan 14 siaran tertunda. Untuk menonton secara percuma di telefon pintar, anda boleh ikuti tutorial di bawah.

Cara tonton Piala Dunia Qatar 2022 secara percuma

1. Anda boleh layari portal rasmi RTMKlik atau pun memuat turun aplikasi RTMKlik di Google Play Store, App Store dan AppGallery.

2. Kemudian, anda boleh pilih sama ada mahu mendaftar masuk atau pun lebih mudah pilih sahaja sebagai Pelawat.

Sumber Gambar: Aplikasi RTMklik

3. Siaran perlawanan boleh ditonton secara percuma menerusi TV2 atau pun TV Okey sebaik ia berlangsung mengikut waktu perlawanan di Qatar.

Sumber Gambar: Aplikasi RTMklik
  • Buat anda yang mahu menonton siaran ulangan boleh lanjut ke siaran Sukan RTM. Selain RTM, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan lain seperti Maxis dan aplikasi Sooka tetapi dengan pas berbayar untuk menonton setiap perlawanan.
Sumber