Kelab bola sepak LA Galaxy baru-baru ini mengumumkan akan meletakan patung khas David Beckham di luar stadium mereka bagi memberi penghargaan kepada jasa David Beckham sepanjang bermain untuk kelab berkenaan.

Namun, pelawak James Corden nampaknya mempunyai idea hebat bagi menghargai pencapaian hebat rakan beliau ini. James telah merancang satu majlis palsu bagi merasmikan ‘patung’ David Beckham yang memang tidak langsung seiras David Beckham.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jenaka tambahan yang dibuat termasuklah bercakap tentang karier hebat David Beckham di ‘Manchester City’, highlight ‘buruk’ beliau ketika di LA Galaxy dan banyak lagi. Walaupun begitu, David Beckham dilihat tenang sahaja dan tidak langsung marah. Steady David Beckham! Dan ini memang satu prank yang lucu dan bijak.