Semalam berlangsungnya persembahan rasmi pertama kumpulan My Chemical Romance (MCR) selepas mereka ‘berpecah’ 7 tahun lalu. Daripada perkongsian peminat yang hadir ke konsert berkenaan Shrine Expo Hall, Los Angeles, rata-rata dilihat sangat gembira dan teruja melihat persembahan penuh bertenaga MCR.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Laman YouTube menjadi medan perkongsian kegembiraan peminat untuk konsert ini. Video rakaman oleh Erynn Halvorson ini adalah video terbaik yang boleh ditonton di YouTube ketika ini, merakam salah satu lagu ikonik mereka, Welcome To The Black Parade.

Berdasarkan komen peminat yang hadir di Shrine Expo Hall ini, ini merupakan antara konsert terbaik kumpulan berkenaan. Mungkin selepas berehat selama 7 tahun, mereka membuat persembahan ‘all out’ sebagai penghargaan kepada peminat yang tetap setia memberi sokongan kepada mereka.

Untuk tahun hadapan, MCR cuma mengumumkan 3 lokasi konsert yang akan berlangsung persembahan mereka iaitu di Download Festival Australia (20 Mac 2020), New Zealand (25 Mac 2020) dan Download Festival Japan (28 Mac 2020).

Disebabkan MCR sudah berada berdekatan Asia Tenggara Mac nanti, mungkinkah mereka akan membuat pengumuman konsert di lokasi Asia Tenggara pula tidak lama lagi?

Jika tidak anda mungkin perlu terbang ke Jepun atau Australia untuk melihat kumpulan ini beraksi. Ini pula klip persembahan penuh MCR semalam sekiranya anda mahu ambil mood konsert MCR terlebih dahulu.

Bercakap tentang comeback, ini beberapa comeback lain yang menarik perhatian netizen tahun ini.

Hampir 15 Tahun Menghilang, Aiskrim Walls Viennetta Buat ‘Comeback’ Di Malaysia

Model Ikonik Motorola Razr Bakal Membuat ‘Comeback’ Seawal Bulan Hadapan

Netizen Mahu Nasi Lemak Jati Yang Terkenal Di Shah Alam Buat ‘Comeback’