Dalam usaha untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai ilmu angkasa lepas serta kehidupan di angkasa, NASA selaku syarikat aeroangkasa telah memperkenalkan channel YouTube mereka serta kerap memuat naik video secara konsisten.

Pada kali ini, NASA tampil berbeza dengan memuat naik video pertama mereka dalam definisi 8K ultra high definition yang dirakam dari dalam International Space Station (ISS). Buat anda yang mahu menonton, kami sarankan anda menonton di desktop dengan penawaran internet pantas untuk melihat sendiri rakaman berdefinisi tinggi ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →