Jika anda peminat video review makanan, pastinya anda pernah menonton video-video daripada HiHo Kids yang menunjukkan sekumpulan kanak-kanak mencuba pelbagai jenis makanan. Salah satu video terbaharu yang dimuat naik adalah review burger dari beberapa buah negara.

Burger pertama yang terpilih untuk sesi review kali ini ialah burger Ramly ‘special’ yang menjadi kegilaan ramai di Malaysia. Pada mulanya kanak-kanak ini menjangkakan burger ‘special’ ini hanya mengandungi telur dadar tetapi mereka agak terkejut setelah mengetahui patty burger ada di dalam balutan telur tersebut.

apple-iphone-11-pro-camera-memes-01
HYPE
5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11
Baca lagi →

Di akhir video, mereka semua setuju burger dari Amerika Syarikat adalah yang terbaik. Tetapi bagi rakyat Malaysia, burger Ramly tetap No.1 di hati.

Anda Mungkin Suka