Di Malaysia, jenama Bata memang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia dan ada yang beranggapan jenama Bata itu sendiri adalah jenama tempatan. Jika sebut Bata, ianya kasut ‘rakyat Malaysia’ walaupun sejarahnya jenama ini berasal dari Czech Republic.

Personaliti radio, Ryan Matjeraie kini berada di Amerika Syarikat dan beliau membawa berbama kasut Bata BFirst ke Amerika Syarikat. Dalam video pendek bahagian pertama di Instagram, beliau menunjukkan kasut Bata BFirst ini kepada sneakerhead untuk melihat reaksi mereka terhadap kasut ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ramai antara mereka yang tidak akan memakai kasut ini walaupun ianya murah bagi mereka. Tetapi ada yang memberi komen seandainya kasut yang dipegang Ryan berkenaan adalah model terbaru Yeezy, pasti ramai yang akan membelinya walau rekaannya biasa sahaja.

Video ini mempunyai bahagian kedua dan anda boleh ikuti laman Instagram Ryan Matjeraie untuk menantikan kemunculan video kedua Bata BFirst ini. Apa pun, lelaki yang rap tentang kasut Bata itu memang berbakat.