Berbaki kurang lebih beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran iPhone SE keluaran 2020 dan nampaknya rekaan konsep bagi model flagship mereka iaitu iPhone 12 Pro sudah mula dapat dilihat.

Rekaan konsep yang dikongsikan oleh ConceptsiPhone ini hadir selepas laporan daripada Ming-Chi Kuo menyatakan iPhone 12 Pro bakal hadir dengan rekaan berkotak seakan iPhone 5. Selari dengan idea Apple untuk menambah sebuah lagi kamera pada bahagian belakang, model terbaru iPhone ini mungkin dilengkapi dengan empat kamera utama.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Apa yang membuatkan model ini lebih menarik adalah penawaran warna eksklusif Dark Teal. Rekaan notch atau takuk yang lebih kecil pada pada skrin sekaligus memberi bayaran model terbaru iPhone bakal hadir dengan saiz skrin yang lebih besar. Jom tonton video rekaan konsep iPhone.

Kami kongsikan ulasan iPhone 11 yang merupakan peranti Apple paling berbaloi untuk dimiliki ketika ini. Turut dikongsikan, kejayaan iPhone XR yang menjadi iPhone pilihan pengguna 2019.

Ulasan iPhone 11, Peranti Apple Paling Berbaloi Untuk Dimiliki Ketika Ini

Apple iPhone XR Berjaya Menjadi iPhone Pilihan Pengguna 2019

 

Anda Mungkin Suka