Di saat Apple sedang sibuk dalam melancarkan siri iPhone 12 pada penghujung tahun ini, muncul pula sebuah rekaan konsep daripada channel YouTube iOS beta news yang memaparkan iPhone Flip.

Hadir dengan rekaan boleh lipat, model ini dihasilkan dalam mengikuti trend semasa seperti jenama Samsung dan Motorola yang turut memperkenalkan telefon pintar boleh lipat.

iPhone Flip
Sumber YouTube: iOS beta news

Dari segi rekaan, model ini hadir dengan tiga kamera belakang seperti iPhone 11 Pro Max serta mempunyai takuk atau notch yang lebih kecil pada bahagian atas skrin.

Menariknya, rekaan konsep ini turut memaparkan skrin pada bahagian belakang iPhone Flip dalam memaparkan notifikasi yang lebih mudah buat pengguna. Meskipun rekaan ini sekadar rekaan konsep, pastinya agak menarik untuk menyaksikan Apple benar-benar merealisasikannya.

Sebuah rekaan yang klasik dengan teknologi yang futuristik. Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut dengan rekaan konsep ini.

Berdasarkan ura-ura, iPhone 12 yang bakal dilancarkan pada akhir tahun ini dijangka bakal ditawarkan dengan harga sekitar RM2,749.

Apple iPhone 12 Bakal Ditawarkan Dengan Harga Sekitar RM2,749?

Dianggap ‘Rare’, iPhone 5 Menjadi Buruan Di Ebay Dengan Harga Sehingga RM3,452