Sepanjang menetap di Malaysia, kami yakin pasti ada diantara rakan-rakan anda yang bersikap seperti ‘Angry Malaysian’. Segala apa yang berlaku di negara ini seolah tidak benar di matanya. Baik dari segi fasiliti pihak kerajaan sehinggalah kepada sikap sesetengah Rakyat Malaysia.

Melalui video yang dibawakan ‘Angry Malaysian’, channel ini akan merungkai sikap-sikap ‘Angry Malaysian’ yang sememangnya popular di negara ini. Kami yakin anda pasti terhibur dengan telatah Douglas Lim yang berperanan sebagai ‘Angry Malaysian’. Tonton video dibawah untuk mengetahui sikap-sikap ‘Angry Malaysian’ seperti yang disebutkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Propaganda media mainstream

Media mainstream meliputi surat khabar serta rancangan yang ditayangkan di televisyen sering dianggap sebagai tidak benar serta membawa propaganda yang negatif daripada sesetengah pihak.

Pada mereka hanya internet sahaja yang membawakan info yang telus. Namun bagaimana agaknya sekiranya fakta yang dibawakan di internet yang mengadungi info yang tidak benar. Tonton sketsa ini untuk info lanjut.

2. Alasan ahli politik

Sekiranya anda kerap membaca berita khususnya melibatkan politik, kami yakin anda cukup kenal dengan alasan yang diberikan oleh ahli politik negara kita. Dalam kita tidar sedar terdapat segelintir daripada kita yang turut menggunakan ‘alasan’ yang sama apabila berdepan isu yang tidak dapat diselesaikan.

3. Adakah benar kos sara hidup semakin meningkat

Disaat terdapat segelintir Rakyat yang merungut mengenai peningkatan kos taraf hidup, masih ada diantara mereka yang merungut sambil mengamalkan hidup melebihi keperluan. Tonton video ini untuk kupasan lanjut daripada Douglas Lim.

4. Kos perubatan di Malaysia

Jika anda berpendapat hospital kerajaan mengenakan cas yang mahal, mungkin anda sama seperti Douglas Lim seperti di dalam sketsa ini yang memilih untuk melahirkan anaknya sendiri di rumah. Ketahuilah masih terdapat altenatif lain selain hospital swasta yang ditawarkan pihak kerajaan demi kesihatan Rakyat Malaysia.

5. Masalah kesesakan jalan raya

Sekiranya anda tinggal di ibu kota dan juga bandar, masalah kesesakan lalu lintas sememangnya tidak dapat dielakkan lebih-lebih lagi sewaktu orang ramai pergi dan pulang daripada kerja. Masalah kesesakan yang berlarutan secara tidak langsung turut mengundang kemarahan.

Angry Malaysian turut menawarkan pelbagai sketsa menarik dalam merungkai sikap sesetengah Rakyat Malaysia. Anda boleh tonton Angry Malaysian di Facebook mahupun di YouTube.