Siapa sangka bermula dengan sekadar minat, pemuda bernama Muhammad Sofian atau lebih dikenali di Instagram menerusi nama sofyank96 berjaya membuatkan orang ramai teruja melihat skil suntingan videonya yang memukau.

Titik tolak Sofyank96 yang berjaya membuka mata ramai sudah pastinya apabila artis visual terkemuka iaitu Zack King meluahkan keterujaan melihat video yang dihasilkan oleh anak muda ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian lalu, beliau turut mengongsikan video awal yang dihasilkan beliau 10 tahun lalu berbekalkan kelengkapan sedia ada.

Pada kali ini, Sofyank96 telah mencabar diri beliau untuk menghasilkan semula atau membuat remake video beliau sendiri. Hasilnya, sangat menerujakan! Jelas menunjukkan minat serta usaha yang kuat membolehkan seseorang meningkatkan kemampuan dan skil diri.

Tahniah diucapkan buat Sofyank96 di atas segala usaha yang dicurahkan. Anda boleh klik video di bawah untuk menonton video behind the scene hasil kerja Sofyank96.

Ketahui lebih lanjut bagaimana Sofyank96 memulakan minatnya sebagai artis visual sehingga berjaya mendapat perhatian Zack King serta turut menghasilkan video bersama Will Smith.

Bermula Hanya Dengan ‘Webcam’ Laptop, Sofyank96 Kongsi Perjalanan Sebelum Jadi Pencipta Konten Berjaya

Tonton Video Kolaborasi ‘Awesome’ Antara Sofyank96 Dan Will Smith

Lihat Zach King Dedikasikan Video Terbarunya Khas Buat Sofyank96