Pilot Cafe, filem arahan Osman Ali yang diadaptasi dari novel cinta popular karya Ahadiat Akashah ini telah ditayangkan serentak kepada umum di seluruh pawagam negara pada 30 April 2015 lalu. Pihak Astro Shaw selaku penerbit bersama Tarantella Pictures telah memuatnaik video tayangan perdana filem Pilot Cafe di Youtube baru-baru ini. Ini satu peluang buat anda untuk menonton 14 minit pertama sebelum ke pawagam berdekatan anda.

Filem Pilot Cafe ini dibintangi oleh Fahrin Ahmad, Noor Neelofa, Izara Aishah, Remy Ishak, Eizlan Yusof dan Keith Foo. Ia mengisahkan seorang juruterbang playboy berpangkat kapten bernama Ameer Reza (Fahrin Ahmad) yang mensia-siakan wanita-wanita yang hadir di dalam hidupnya sehingga dia telah kehilangan cintanya. Selepas satu kejadian yang membuatkan dia hidup dalam kesepian sambil mengenang kesalahannya terhadap seorang pramugari paling cantik bernama Sharmilla (Noor Neelofa), dia telah dipertemukan dengan Maya (Izara Aishah) yang dalam kesusahan di Kuala Lumpur. Dari situ kehidupan Ameer Reza mula berubah di Pilot Cafe apabila dia melihat konflik yang membelungi Maya. Dia turut mula memahami dan merasai apa itu cinta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sinopsis novel Pilot Cafe:

Kehidupan ini bermula di mana-mana. Tak menentu indah ataupun gundah.
Bila Maya kehilangan jantung hatinya, dia bertemu Ameer lelaki yang hanya tahu menodai cinta. Bermula dengan secangkir kopi panas di Pilot Cafe segala-galanya berubah untuk mereka berdua. Ameer mula merasai apa itu cinta, manakala Maya belajar untuk menolak cinta yang suci. Bagaimanakah berakhirnya kemelut dua insan yang sudah mula memutik bunga-bunga cinta ini. Sharmila, Dr Khaleed dan Rashid, mereka pula insan-insan yang terperangkap dalam kemelut cinta ini.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram