Setelah 3 tahun tiada kemunculan filem terbaru akhirnya Toei Animation telah mengeluarkan teaser sempena filem anime Dragon ball super yang akan datang. Filem ini bakal mengambil tempat selepas perlawanan “Tournament Of Power” dan dilihat dalam video ini Goku sedang bersedia untuk berlawan dengan musuhnya yang memakai pakaian dari Bangsa Saiyan.

Ramai peminat menjangkakan Goku bakal melawan orang Saiyan pertama yang mendapat kuasa Super Saiyan God iaitu Yamoshi. Fuhh melihat teaser ini amat meremang bulu roma kami melihat aura watak pada kali ini. Tonton teaser untuk turut sama merasa debarannya.