Bersempena dengan Super Bowl 2019 yang bakal berlangsung beberapa jam sahaja lagi, Marvel Entertaiment nampaknya telah mengeluarkan teaser terbaru bagi filem paling hype pada tahun ini serta dinanti-nantikan peminat seluruh dunia iaitu Avengers: Endgame.

Melalui teaser 30 saat ini, dapat dilihat senarai watak Avengers yang masih kekal serta persiapan yang dilakukan untuk bertemu Thanos kembali. Avengers: Endgame bakal mula ditayangkan bermula 26 April 2019 ini.