Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Filem Sangkar yang mempunyai pertempuran dua dunia berbeza arahan Kabir Bhatia akan menjumpai penonton tidak lama lagi. Filem hasil lakonan Zul Ariffin dan Remy Ishak itu banyak menerapkan mixed martial arts (MMA) di mana ia merupakan filem MMA pertama di Malaysia.

Berdasarkan teaser yang berdurasi 20 saat itu, Zul Ariffin dan Remy Ishak harus bertembung dengan pihak lawan dalam satu perlawanan seni mempertahankan diri campuran dan mereka harus menyelesaikan perlawanan tersebut di dalam satu gelanggang yang tidak ubah seperti ‘Sangkar’. Filem ini akan dilancarkan pada Mei 2019 dan para penonton akan menyaksikan bintang Zul sebagai atlet MMA bersama para atlet MMA profesional, JUNI “Shadowcat” Radzuan dan juara ONE atlet James “The Hammer” McSweeney. Tonton teaser trailer filem yang epik ini.

Anda Mungkin Suka